AMALAN GOTONG ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM
DUA 6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
E-FOLIO : AMALAN GOTONG ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM
PENSYARAH : PUAN NORAINI BINTI NAWAWI
AHLI KUMPULAN : FATIN SHAHIRA BINTI AZMI (02DTM18F2015)
NUR SYAMIRAH BINTI SHAFIEE (02DTM18F2009)
NUR ASHIQIN BINTI MOHD RADZUAN (02DTM18F2030)
NURUL AMIDA BINTI HAMRI (02DTM18F2095)
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Objektif
3.0 Definisi dan konsep gotong royong
4.0 Kepentingan amalan gotong royong
5.0 Kebaikan amalan gotong royong
6.0 Punca-punca amalan bergotong royong semakin pudar
7.0 Langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjadikan gotong-royong sebagai
satu alat memupuk perpaduan kaum
8.0 Amalan murni dalam gotong royong
9.0 Kesimpulan
10.0 Rujukan
1. Memberi kesedaran tentang kepentingan gotong-royong dalam mewujudkan perpaduan antara kaum
2. Memupuk semangat bergotong-royong antara kaum bagi mengeratkan silaturrahim
3. Memberi kesedaran tentang langkah yang boleh diambil untuk menjadikan gotong-royong sebagai alat memupuk perpaduan di kalangan kaum di Malaysia.
3.0 DEFINISI DAN KONSEP GOTONG ROYONG
Gotong royong dapat diartikan sebagai sesuatu sikap ataupun kegiatan yang dilakukan oleh anggota masyarakat secara kerjasama dan tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan mahupun masalah dengan sukarela. Sikap gotong royong ini telah melekat pada diri masyarakat dan merupakan kebiasaan turun temurun dari nenek moyang. Sikap gotong royong ini sangat penting sekali untuk memperlancarkan pembangunan yang berguna bagi kesejahteraan masyarakat. Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela. Amalan ini telah dipraktikkan dan di warisi sejak zaman berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong royong dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama.
4.0 KEPENTINGAN GOTONG ROYONG
Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat yang berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, prihatin, penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk Negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seprti penagih dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.
Bak kata pepatah melayu, “berat sama dipikul, ringgan sama dijinjing”. Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga balanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkan dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menangung belanja berubat sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokkan sampah yang tiidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhkan cukup bermakna untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan.
5.0 KEBAIKAN AMALAN GOTONG ROYONG
Umum diketahui terdapat banyak kebaikan yang akan diperoleh sekiranya amalan gotong-royong dilaksanakan . Kebaikannya yang pertama adalah dapat memudahkan pekerjaan yang dilakukan . Sesuatu pekerjaan yang sulit akan menjadi lebih mudah andai banyak tangan yang menghulurkan bantuan . Sebagai contoh , amalan gotong-royong ini biasanya dapat dilihat di kawasan kampung di mana jika terdapat majlis perkahwinan yang akan dilakukan oleh penduduk kampung , maka penduduk kampung yang lain akan turut mengerahkan tulang empat kerat mereka untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut .
Selain itu , amalan gotong-royong juga akan dapat menjimatkan kos perbelanjaan yang terlibat dalam menjayakan sebarang aktiviti . Contohnya , majlis jamuan hari raya yang dianjurkan oleh mana-mana pihak . Kita sedia maklum bahawa majlis jamuan sebegini memakan perbelanjaan yang agak besar . Sekiranya pihak penganjur bergotong-royong menyediakan setiap keperluan untuk menjayakan majlis tersebut , makanan yang akan disajikan terutamanya , mereka akan dapat menjimatkan perbelanjaan untuk menempah katering yang agak mahal harganya .
Di samping itu , semangat kejiranan dapat disemarakkan melalui amalan gotong-royong terutamanya di kawasan perumahan . Masyarakat masa kini ramai yang tidak mengenali jiran-jiran mereka walaupun jiran di tepi rumah mereka . Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan contohnya dapat memupuk kembali semangat kejiranan kerana mereka akan dapat bertemu dan mengenali antara satu sama lain ketika bergotong-royong .
Gotong-royong sinonim dengan bekerjasama kerana untuk bergotong-royong masyarakat perlulah bekerjasama . Hal ini dapat meningkatkan sifat bekerjasama dalam diri masyarakat dan dapat mengurangkan sikap pentingkan diri sendiri . Sebagai contoh , sekiranya masyarakat sesebuah taman perumahan ingin menganjurkan hari sukan bagi kawasan perumahan mereka , mereka perlu bekerjasama dengan penduduk perumahan mereka bagi memastikan aktiviti tersebut berjalan dengan meriah dan lancar.
6.0 PUNCA-PUNCA AMALAN BERGOTONG-ROYONG SEMAKIN PUDAR
Malas :
Malas ini merupakan alasan klasik, namun alasan inilah yang sering muncul di masyarakat. Rasa malas adalah perasaan yang dimiliki oleh semua orang, oleh sebab itu, saat orang merasa malas maka apa pun kegiatannya dia merasa enggan untuk berperanan aktif, tak terkecuali saat ada kegiatan aktiviti dalam bergotong-royong.
Kesibukan :
Tidak ada sedikit orang yang disibukkan dengan pekerjaan mereka, sehingga mereka tidak ada waktu untuk kegiatan-kegiatan yang bersifat sosial dalam kemasyarakatan. Bahkan, ada orang yang sanggup mengeluarkan wang untuk membayar dan mengupah orang lain untuk melakukan kerja dalam gotong-royong.
7.0 LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENJADIKAN GOTONG ROYONG SEBAGAI
SATU ALAT MEMUPUK PERPADUAN KAUM
Situasi seperti ini adalah amat memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari penyudah isu-isu yang kian berdarah ini. Sejak dibangku sekolah lagi, amalan murni ini diterapkan supaya kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan Negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka di hargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melasanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai rumah kedua generasi muda wajar menerapkan amalan mulia ini dalam aktiviti-aktiviti sekolah seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, Gotong-Royong dan Hari Anugerah Cemerlang.
Para pelajar akan menguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai penasihat melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentang hubungan sosialnya. Selain itu, menyelidik potensi diri secara yang lebih menyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha menaikkan semangat gotong-royong kembali. Ceramah, forum dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka.
8.0 AMALAN MURNI DALAM BERGOTONG-ROYONG
Aktivi gotong royong ini juga turut dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri masyarakat. Dengan ada nya aktiviti gotong royong ini, masyarakat akan lebih mengambi berat ttentang kebersihan alam sekitar. Seterusnya, hubungan antara masyarakat akan lebih erat tidak mengira kaum atau bangsa.
Dengan bergotong-royong, semua tugas berat akan menjadi lebih ringan. Kita hidup di dunia ini bukan seorang diri. Sebagai rakyat Malaysia, kita hidup bersama orang lain sebagai satu bangsa. Sebagai sesama, bangsa kita punya tujuan yang sama iaitu memajukan bangsa ini. Untuk meraih tujuan tersebut maka kita selalu siap sedia untuk bekerjasama dengan ada semangat gotong-royong. Akan lebih banyak yang dapat kita raih apbila kita melakukan aktiviti gotong-royong dengan orang lain.
9.0 KESIMPULAN
Sebagai penutup , dapat kita simpulkan bahawa amalan gotong-royong memberikan impak yang besar dalam mewujudkan dan mengeratkan hubungan perpaduan di antara kaum yang terdapat di Malaysia . Kepelbagaian kaum ini hanya wujud di Malaysia dan sebagai rakyat Malaysia kita mestilah menjaga perpaduan di antara kaum agar imej Malaysia di mata dunia dapat dijaga dan dipandang tinggi kerana mampu untuk hidup dalam suasana yang aman damai walaupun hidup dalam budaya dan cara hidup yang berbeza .
Pada pendapat kami , masih terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil sama ada oleh pihak kerajaan mahupun rakyat itu sendiri untuk memastikan perpaduan kaum dapat dikekalkan selamanya . Pihak kerajaan dan rakyat Malaysia amat memerlukan satu sama lain demi untuk memupuk ikatan perpaduan ini . Selain gotong-royong , masyarakat juga boleh menggunakan inisiatif yang lain yang sesuai dalam hal .
Akhir sekali ingin ditegaskan sekali lagi bahawa sekiranya gotong-royong ini diamalkan , perpaduan kaum dapat dicapai dengan lebih senang di samping dapat mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam memastikan perpaduan antara kaum wujud demi memastikan kemajuan negara dapat dicapai .
6.0 RUJUKAN
1. https://brainly.my/tugasan/24817
2. Islam Hadhari , Himpunan Isu Kontemporari oleh Abdul Monir Yaacob dan Norhanizah Ismail
3. http://drghazali.blogspot.com/2010/11/karangan-semangat-gotong-royong.html
4. http://sinarmuslim.blogspot.com/2010/06/kepentingan%20-menjaga-hubungan.html
Comments
Post a Comment